Tuesday, April 27, 2010

saya pun meluat you

(seakan-akan tajuk buku saya pun melayu oleh zaid ibrahim, disengaja)

tumpahnya marah pabila direndah-rendah, gundah.

takutkan maruah goyah, maka dihamburkan segala sumpah seranah.

berubah, menjadi semakin lemah, malah bertambah rendah, kenyang perut lapar si pemfitnah.

di akhir, sumpahannya jua tiada hikmah. berjaya si pemfitnah atas kemenangan mudah.

benar, perlu dijaganya maruah.

benar, perlu hadirnya rasa marah.

benar, drastiknya rupa bertukar merah andai ditulah pelbagai fitnah.

namun perlu diingat, cara tidak boleh salah. langkah juga, bukan langkah pemusnah.

jangan musnahkan lukisan sejarah, kerna sakit barah tidak dapat kita berpatah, laksana luka berdarah berterusan bernanah.

parah maruah, parah.

............................................................

(imbasan perlawanan)

barisan,

melompat seronok atas kemenangan, kemenangan yang kononnya disangkakan. tiada tekanan, kerna dahulunya kerusi yang ditinggalkan itu milik lawan.

mentang-mentanglah menentang si kaki botol yang kuat berjudi, lalu dijudikan pelakon hindi mirip-mirip artis kanchana devi pelakon cerita tv puteri. selamat, kerna kalau modus operandi tidak menjadi, ada alasan boleh ditabur nanti.

apabila tiba hari dinanti, nasib baiklah strategi menjadi walaupun majoriti kemenangan tidak terlalu tinggi. kini, rakyat hulu selangor menantikan seribu satu janji.

pakatan,

kisah kali ini bukan kisah si orientasi seks luar tabii bertopengkan bini mithali. tapi kisah kecamuk tahi di dalam parti. parti ini semakin hari semakin menjadi-jadi. berpusu-pusu mengisi borang tanda tidak setia pada parti, berduyun-duyun lari.

pak zaidi, lain kali kalau kuat berjudi pun janganlah memperjudi nasib diri. bukan semua boleh terima bakal pemimpin mereka minum air ala-ala wiski. lainlah sekadar jolly shandy. zaman dahulu, ya, boleh sahaja. kesedaran agama dahulu tidak sehebat hari ini.

sudahlah tidak menang kerusi, kemudian hilang pula maruah diri. tapi tidak mengapa, insyaallah lebih ramai akan 'open bottle' bersama anda selepas ini.

............................................................

kemenangan parti sinonim rasuah ini mudah, malangnya bukan kerana kekuatan parti si biru tua, yang hanyalah bertuah. tetapi kerna si biru muda yang semakin hari semakin lemah.

sudah berdarah-darah telinga mendengar caci dan sumpah seranah. bernanah-nanah sudah memuat turun tohmahan dan juga fitnah. 

mual sudah, muak sudah, muntah pun sudah.

tolong.

hentikanlah permainan maruah. hentikanlah permainan murah.

benar, pilihanraya dua tahu lalu kerjanya mudah. barisan cik lah dahulunya tersangatlah lemah. kini, keadaan dan situasinya telah pun berubah, berubah menjadi ultra susah.

kepada si biru tua, janganlah terlalu bermegah.

ingat, langit tidak selalunya cerah.

............................................................

5 comments:

Mahirah M said...

"Kadang-kadang majoriti sekadar bermaksud semua orang-orang tolol berada di pihak yang sama" :)


Puitis nye kau Nyet. Nice piece. Looking forward for more.

Jack Wiseman said...

jangan indah khabar dari rupa, kelak hangpa juga yang hampa.
jangan lawankan si kaya celaka, nanti anda papa kedana.

Aiman Ariff said...

Non: I totally agree with that!

Spark: Maknanya apa?

X said...

kau melayu juga akhirnya man.

nicely put on that one.

org melayu yg terlalu tunduk dgn kehendak bangsa bukan melayu atas nama kesaksamaan.

kelak, tanah melayu akan menjadi tanah di mana bangsa melayu dikebumikan.

Aimee Aziz said...

sungguh puitis bahasa awak.agak kagum.