(post ini tidak berkaitan dengan lagu wali)
bayi ini.
mereka dikhianati, dibuang tepi dan ditinggal mati. ada rasa, punya nyawa namun tidak berdaya, kerana terlalu muda usia, belum sempat merasa dunia.
anak ini tidak mampu bersuara, apatah lagi untuk melawan, meraung mengharapkan pertolongan ibunya yang berperangai syaitan.
jangan samakan perempuan-perempuan ini dengan haiwan, kerana haiwan punya juga sifat kemanusiaan, menjaga anak kurniaan tuhan.
lelaki-lelaki yang lari ini juga jangan dilupa, perangainya macam babi. bila ditebuknya si anak tupai sampai mengandung, selepas itu beranak pula, engkau hilang tidak ke mana.
macam babi.
tapi rasa-rasanya babi lebih mulia. jadi janganlah pegang mereka-mereka ini, kerana lepas pegang, wajib bersuci macam terpegang babi, tetapi dengan air yang lebih kerana mereka lebih babi.
(maaf terlalu emosi)
........................................
kes pembuangan bayi, meningkat hari demi hari.
selangor mencatatkan kes pembuangan paling tinggi setakat ini.
bangga.
kerana percaya ramai orang-orang selangor orientasi seksnya bukan di luar tabii. tahap produktiviti pun sangat tinggi.
tapi, apabila orientasi yang ini terlalu menjadi-jadi, habis semua bayi yang dilahirkan tidak mempunyai nombor siri (surat beranak) ini mati. dibuang tepi, ditinggal busuk berhari-hari.
baca sahaja surat khabar, tidak kira melayu cina india, pasti ada sahaja kisah buang bayi dilaporkan hari-hari dalam negara. begitu ramai bayi yang ditinggal mati.
bayangkan suatu hari nanti, kalau masalah berterusan begini, kita semua tidak berani untuk berjalan lagi, takut, asyik terjumpa mayat bayi di tepi-tepi.
kerajaan memperkenalkan talian panas (hotline) untuk masyarakat sekiranya ternampak aksi membuang ini. kerajaan juga cuba menyedarkan rakyat dengan mengadakan pelbagai kempen khas untuk masalah ini.
malah, artis-artis juga membantu dengan menyanyi, khas untuk kempen ini, mewakili semua yang sayangkan bayi-bayi ini.
harap-harapnya sesiapa yang ingin membuang bayi selepas ini akan berfikir lebih daripada dua tiga kali.
........................................
bayi atau anak ini merupakan satu anugerah ilahi.
sungguhpun ibu-ibu dan bapa-bapa ini telah tersilap, memang benar manusia tidak boleh lari dari kesilapan, namun tidak bermakna bayi hasil perbuatan mereka ini harus ditinggal mati.
bertaubat dan kembali kepada maha pencipta adalah jawapannya. membunuh kerana takutkan pandangan masyarakat tidak membawa makna. sebabnya, kematian si kecil itu akan terus menghantui, diri ibu yang membunuh itu. malah dimudahkan lagi perjalanan mereka ke neraka.
nauzubillahiminzalik.
........................................
ps: sila hubungi 15999 (talian kami prihatin) sekiranya anda tersaksi kejadian seumpama ini.
........................................
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


9 comments:
permasalahan apabila nafsu mengatasi akal. keinginan mengatasi kemanusiaan. baby2 yg belum sempat menyebut nama ibu dan ayah mereka, baby2 yg tdk bernama pun, parents mereka mendustakan mereka.
jagung: ya, manusia melakukan kesalahan. tapi tk patut tutup dengan pembunuhan!
ayat sedap beb..aku baca macam baca lirik lagu rap..teruskan bro..
kau tulis byk lagi cenggini, aku link kan kau...
btw, utk kes pembuang bayi ni aku sgt2 setuju kita wujudkan bank bayi (peh, dah macam usul debat diraja pulak)..
mgkn pihak agama akan ckp 'ini akan menggalakkan'..woit, dah berapa lama kita asyik dgr benda ni je kan. tp makin lama makin bertambah je..
setidak2nya dgn ada bank bayi, ibu2 dan bapa2 yg tak nak anak mereka itu dihantar ke bank bayi..
mmg kita tak setuju dgn tindakan ibu bapa tersebut, tp yg kita mahu ialah selamatkan nyawa bayi yg tidak berdosa..
radzi: haha. basuh baju comment aku wehh. haha. aku bersetuju mekanisma mewujudkan bank bayi.
pertama, benda ini tidak boleh dikawal dengan mudah, bagi kondom percuma ke, potong mana-mana bahagian ke, akan ada jugak perempuan beranak tanpa disangka-sangka mcm ni.
kedua, walaupun pnyelesaian ini bukanlah yg terbaik, sekurang-kurangnya anak itu tidak dibunuh dan dibuang sebagaima sekarang, sebagaimana sekarang.
... ... ...
tapi, bila kita tengok balik sebenarnya, apa yang paling penting adalah pendidikan semasa kecil. rasanya pendidikan kita masih belum menjumpai jalan terbaik dalam isu-isu seperti anak luar nikah, seks bebas dan sebagainya. kita nantikanlah.
... ... ...
btw, thanks radzi, turunkanlah ilmu basuh baju kat aku. haha.
betul apa yg ko tulis. pendidikan semasa kecil itu penting. itulah peranan ibu bapa. melentur buluh biarlah dr rebungnya.
Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."
tapi, masalah timbul bila ajaran dah cukup mak ayah bg, tp.. still masih berlaku keadaan macam ni.
masalah lain bertambah plak bila parents tahu anak mengandung luar nikah, tp buat bodoh. ada pulak yg tak mahu mengaku anak. andaikata la anak tu terdetik hati dia mahu insaf n bertaubat kalau parents dia maafkn dia, bantu dia tangani masalah ni, insya-Allah tak berlaku gejala buang anak.
jgn disalahkn pd mentaliti masyarakat yg memandang serong pd gejala mcm2 ni. coz memg Allah da kurniakan akal utk berfikir baik dan buruk nye. kalau bab buang anak, of coz la benda yg buruk. ada benda yg baik ke?
dan aku rasa, semuanya berbalik pada akidah, jiwa individu itu sendiri. sedar ke tak sedar. dan sepatutnya kita tahu, sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita pd muka bumi ini adalah menyuburkan kasih sayang berlandaskan iman sesama kita dengan harapan, Islam berkembang begitu gahnya di mata dunia.
geram. geram. Sudahlah buat dosa krn ter’bunting’.. ditambah pula bonus dosa membunuh. haa.. bagus sgt la! pulak tu, bila tgk statistik balik, bayi2 yg terbuang majornya adalh bayi2 laki. adehh.. da la lelaki pn makin kurang. kes cm ni, mengurangkn lagi populasi kaum adam je. heee~
adehh.. sori ter'emo' plak kt sini.. teruskan menulis lg aiman! aku suka! ayat ko memang best!
"anak ini tidak mampu bersuara, apatah lagi untuk melawan, meraung mengharapkan pertolongan ibunya yang berperangai syaitan."
"lelaki-lelaki yang lari ini juga jangan dilupa, perangainya macam babi. bila ditebuknya si anak tupai sampai mengandung, selepas itu beranak pula, engkau hilang tidak ke mana."
memang TERBAIK!!
I feel your anger man. Found a dead baby once. Dalam longkang pula tu. Sigh.
bila dah nafsu, semua go on. bila dah tanggungjawab, semua go to hell.
Kerajaan pulak hanya mampu minta artis menyanyikan lagu
"harapan tanpa suara!"
:)
haha.bagus2!
Post a Comment