(kisah sedih dan simpati)
isu samy vellu ini tiba-tiba menjadi sensasi.
kerana anaknya si vell paari, cuba mengharap simpati supaya jangan dibuli 'daddy'nya samy yang masih berdiri sungguhpun kini tiada lagi kerusi.
syok sendiri.
isu mic, isu samy sebenarnya sudah terlalu basi dan geli untuk sekali lagi kita lalui. selepas tamatnya pilihanraya sebelum ini, kita telah menjadi saksi mic dan samy tidak lagi diminati, dihormati dan dipercayai, lagi-lagi dalam golongan pengundi mic sendiri.
tiga kerusi. hanya tiga kerusi dimiliki. itupun bukannya samy, empunya kuasa tertinggi dalam kasta mic.
............................................................
samy,
kisah politiknya sudah lama terhenti, masa beliau telah lama berlalu dan meninggalkan beliau pergi, dan sudah tiba masanya dirinya berehat dan berhalusinasi bersama anak-anak dan isteri.
tolonglah sedar diri wahai samy.
jika anaknya si paari-paari kata umno cuba membunuh kariernya, sudah sekian lama kariernya terbunuh dengan sendirinya.
jika benarlah kata ketua pemuda mic bahawa mic tidak lagi ingin menjadi komponen parti, tidak ramai akan peduli.
parti yang bertuhankan samy ini satu liabiliti yang hakiki, menyukarkan umno untuk lebih berdiri.
lebih baiklah memperjudi makkal sakti, itu pasti.
tapi, berani mereka hilang status menteri dari kabinet itu nanti?
berani mereka membiar mic berdiri dengan sendiri tanpa bantuan di sisi?
saya yakin dan pasti mereka tidak berani. yang mengekalkan mereka kini hanyalah tradisi.
teruknya mic ini sehinggakan parti seperti supp, spdp dan pbb di sarawak mempunyai kerusi lebih daripada mic.
mana lagi mereka nak pergi kalau selepas ini tiada lagi antara penganut mic berstatus menteri?
konklusi, tungga masa mati.
............................................................
jika benar gerakan anti-samy ini menjadi, saya pasti, rakyat malaysia pasti berasa senang hati, walaupun ada juga yang akan simpati terhadap orang tua ini.
penat umno menasihati.
penat rakyat sungai siput tidak mengundi.
semua mahu samy pergi.
tapi beliau degil, pentingkan diri.
mungkin terpaksa kita tunggu sampai akhir hayat mic nanti.
akhirnya dapatlah paari-paari berbahagia bersama 'daddy'.
............................................................
Tuesday, May 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment