Tuesday, April 27, 2010

saya pun meluat you

(seakan-akan tajuk buku saya pun melayu oleh zaid ibrahim, disengaja)

tumpahnya marah pabila direndah-rendah, gundah.

takutkan maruah goyah, maka dihamburkan segala sumpah seranah.

berubah, menjadi semakin lemah, malah bertambah rendah, kenyang perut lapar si pemfitnah.

di akhir, sumpahannya jua tiada hikmah. berjaya si pemfitnah atas kemenangan mudah.

benar, perlu dijaganya maruah.

benar, perlu hadirnya rasa marah.

benar, drastiknya rupa bertukar merah andai ditulah pelbagai fitnah.

namun perlu diingat, cara tidak boleh salah. langkah juga, bukan langkah pemusnah.

jangan musnahkan lukisan sejarah, kerna sakit barah tidak dapat kita berpatah, laksana luka berdarah berterusan bernanah.

parah maruah, parah.

............................................................

(imbasan perlawanan)

barisan,

melompat seronok atas kemenangan, kemenangan yang kononnya disangkakan. tiada tekanan, kerna dahulunya kerusi yang ditinggalkan itu milik lawan.

mentang-mentanglah menentang si kaki botol yang kuat berjudi, lalu dijudikan pelakon hindi mirip-mirip artis kanchana devi pelakon cerita tv puteri. selamat, kerna kalau modus operandi tidak menjadi, ada alasan boleh ditabur nanti.

apabila tiba hari dinanti, nasib baiklah strategi menjadi walaupun majoriti kemenangan tidak terlalu tinggi. kini, rakyat hulu selangor menantikan seribu satu janji.

pakatan,

kisah kali ini bukan kisah si orientasi seks luar tabii bertopengkan bini mithali. tapi kisah kecamuk tahi di dalam parti. parti ini semakin hari semakin menjadi-jadi. berpusu-pusu mengisi borang tanda tidak setia pada parti, berduyun-duyun lari.

pak zaidi, lain kali kalau kuat berjudi pun janganlah memperjudi nasib diri. bukan semua boleh terima bakal pemimpin mereka minum air ala-ala wiski. lainlah sekadar jolly shandy. zaman dahulu, ya, boleh sahaja. kesedaran agama dahulu tidak sehebat hari ini.

sudahlah tidak menang kerusi, kemudian hilang pula maruah diri. tapi tidak mengapa, insyaallah lebih ramai akan 'open bottle' bersama anda selepas ini.

............................................................

kemenangan parti sinonim rasuah ini mudah, malangnya bukan kerana kekuatan parti si biru tua, yang hanyalah bertuah. tetapi kerna si biru muda yang semakin hari semakin lemah.

sudah berdarah-darah telinga mendengar caci dan sumpah seranah. bernanah-nanah sudah memuat turun tohmahan dan juga fitnah. 

mual sudah, muak sudah, muntah pun sudah.

tolong.

hentikanlah permainan maruah. hentikanlah permainan murah.

benar, pilihanraya dua tahu lalu kerjanya mudah. barisan cik lah dahulunya tersangatlah lemah. kini, keadaan dan situasinya telah pun berubah, berubah menjadi ultra susah.

kepada si biru tua, janganlah terlalu bermegah.

ingat, langit tidak selalunya cerah.

............................................................

Saturday, April 10, 2010

ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak

(post ini tidak berkaitan dengan lagu wali)

bayi ini.

mereka dikhianati, dibuang tepi dan ditinggal mati. ada rasa, punya nyawa namun tidak berdaya, kerana terlalu muda usia, belum sempat merasa dunia.

anak ini tidak mampu bersuara, apatah lagi untuk melawan, meraung mengharapkan pertolongan ibunya yang berperangai syaitan.

jangan samakan perempuan-perempuan ini dengan haiwan, kerana haiwan punya juga sifat kemanusiaan, menjaga anak kurniaan tuhan.

lelaki-lelaki yang lari ini juga jangan dilupa, perangainya macam babi. bila ditebuknya si anak tupai sampai mengandung, selepas itu beranak pula, engkau hilang tidak ke mana.

macam babi.

tapi rasa-rasanya babi lebih mulia. jadi janganlah pegang mereka-mereka ini, kerana lepas pegang, wajib bersuci macam terpegang babi, tetapi dengan air yang lebih kerana mereka lebih babi.

(maaf terlalu emosi)

........................................

kes pembuangan bayi, meningkat hari demi hari.

selangor mencatatkan kes pembuangan paling tinggi setakat ini.

bangga.

kerana percaya ramai orang-orang selangor orientasi seksnya bukan di luar tabii. tahap produktiviti pun sangat tinggi.

tapi, apabila orientasi yang ini terlalu menjadi-jadi,  habis semua bayi yang dilahirkan tidak mempunyai nombor siri (surat beranak) ini mati. dibuang tepi, ditinggal busuk berhari-hari.

baca sahaja surat khabar, tidak kira melayu cina india, pasti ada sahaja kisah buang bayi dilaporkan hari-hari dalam negara. begitu ramai bayi yang ditinggal mati.

bayangkan suatu hari nanti, kalau masalah berterusan begini, kita semua tidak berani untuk berjalan lagi, takut, asyik terjumpa mayat bayi di tepi-tepi.

kerajaan memperkenalkan talian panas (hotline) untuk masyarakat sekiranya ternampak aksi membuang ini. kerajaan juga cuba menyedarkan rakyat dengan mengadakan pelbagai kempen khas untuk masalah  ini.

malah, artis-artis juga membantu dengan menyanyi, khas untuk kempen ini, mewakili semua yang sayangkan bayi-bayi ini.

harap-harapnya sesiapa yang ingin membuang bayi selepas ini akan berfikir lebih daripada dua tiga kali.

........................................

bayi atau anak ini merupakan satu anugerah ilahi.

sungguhpun ibu-ibu dan bapa-bapa ini telah tersilap, memang benar manusia tidak boleh lari dari kesilapan, namun tidak bermakna bayi hasil perbuatan mereka ini harus ditinggal mati.

bertaubat dan kembali kepada maha pencipta adalah jawapannya. membunuh kerana takutkan pandangan masyarakat tidak membawa makna. sebabnya, kematian si kecil itu akan terus menghantui, diri ibu yang membunuh itu. malah dimudahkan lagi perjalanan mereka ke neraka.

nauzubillahiminzalik.

........................................

ps: sila hubungi 15999 (talian kami prihatin) sekiranya anda tersaksi kejadian seumpama ini.

........................................

Thursday, April 8, 2010

bersih

blog ini temanya bukan tentang diri.

aku padam untuk aku tulis semula.

sebab semuanya telah bercampur aduk belaka.