Tuesday, July 6, 2010

penyakit, penawar, hasil

dalam dunia,
ada banyak jenis penyakit.
ada yang sekadar loya-loya,
ada yang perit sampai tercirit-cirit,
juga, ada yang tidak terasa kesannya.

kisah dunia juga,
ada yang mengaku sakit di celah burit,
kerana dihempap dan dihimpit pemberian duit,
buat-buat sakit kalau-kalau boleh palitkan kepala monyet,
yang suka anus diselit-selit,
sampai sembelit, pedih dan perit.

*

penawar, atau ubat,
kuasa paling mujarab,
namun kadangkalanya lembab,
muka sembab tak pulih-pulih,
letih menahan, berbuih mulut melawan,
letih punggung meneran,
sakit tak tertahan,
nafsu punggung tak terdaya menahan.

bukan,
bukan cerita anus menorobos celahan,
bukan telahan si kawan menahan lawanan tuan,
bukan kisah bos dikhianati pembantu peribadi yang merangkap teman di ranjangan,
karena biarlah dugaan si peneman tuan ditentukan pengadilan.

ini kisah masalah dan penawar, bukan kes anwar.

*

masalah,
semua manusia ada masalah,
makcik bedah dan paksu dollah juga,
hari-hari memikirkan tentang masalah,
dari sebesar tahi mini sehingga ke tahi yang sangat berdikari dan penuh dedikasi.

letih,
tapi tak boleh beralah,
tak boleh berserah mudah-mudah,
tak boleh rebah,
walaupun hari-hari diterjah,
dengan masalah.

rasa nak jerit "ahhhhhhhhhhhh!"

"pergi mampuslahhhhh!"

"dunia ini tidak adillahhhhhhhh!"

"celakaaaa laahhhh!"

malah selalunya laman sosial menjadi mangsa memuaskan rasa marah,
berkongsi rasa gundah, agar langit berubah menjadi cerah.
benar, itu tidak salah,
dan tidak pernah salah,
sekurang-kurangnya meringankan beban dan rasa marah dihujani masalah.

tapi sayang,
emisi emosi sepatutnya ditolak tepi,
strategi perlu berpeluh selaju misi,
untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini terjadi,
dan masalah diselesaikan tanpa membunuh diri.

jangan jadi orang jepun.
jangan jadi orang bodoh.
jangan jadi orang-orang.
jangan jadi tahi babi.

kelak terpalit, merembes bau busuk di tepi-tepi,
sama macam tuannya, seekor babi.

masalah sama seperti penyakit,
benar pahit, benar sakit,
tapi semuanya ada penawar,
fikiran kita punya cara untuk ditawar,
cuma kena gali-gali macam saiful bukhari.

hasil atau keputusan mengharap solusi,
solusi yang melapangkan hati,
yang letih diisi ejakulasi masalah yang menjadi-jadi.

kenalpasti penyakit,
cari penawar yang tepat.

kelak sakit, dapat diubat.
dan berambuslah masalah lakhanat.

*

tammat

*

Tuesday, May 25, 2010

gerakan anti-samy

(kisah sedih dan simpati)

isu samy vellu ini tiba-tiba menjadi sensasi.

kerana anaknya si vell paari, cuba mengharap simpati supaya jangan dibuli 'daddy'nya samy yang masih berdiri sungguhpun kini tiada lagi kerusi.

syok sendiri.

isu mic, isu samy sebenarnya sudah terlalu basi dan geli untuk sekali lagi kita lalui. selepas tamatnya pilihanraya sebelum ini, kita telah menjadi saksi mic dan samy tidak lagi diminati, dihormati dan dipercayai, lagi-lagi dalam golongan pengundi mic sendiri.

tiga kerusi. hanya tiga kerusi dimiliki. itupun bukannya samy, empunya kuasa tertinggi dalam kasta mic.

............................................................

samy,

kisah politiknya sudah lama terhenti, masa beliau telah lama berlalu dan meninggalkan beliau pergi, dan sudah tiba masanya dirinya berehat dan berhalusinasi bersama anak-anak dan isteri.

tolonglah sedar diri wahai samy.

jika anaknya si paari-paari kata umno cuba membunuh kariernya, sudah sekian lama kariernya terbunuh dengan sendirinya.

jika benarlah kata ketua pemuda mic bahawa mic tidak lagi ingin menjadi komponen parti, tidak ramai akan peduli.

parti yang bertuhankan samy ini satu liabiliti yang hakiki, menyukarkan umno untuk lebih berdiri.

lebih baiklah memperjudi makkal sakti, itu pasti.

tapi, berani mereka hilang status menteri dari kabinet itu nanti?

berani mereka membiar mic berdiri dengan sendiri tanpa bantuan di sisi?

saya yakin dan pasti mereka tidak berani. yang mengekalkan mereka kini hanyalah tradisi.

teruknya mic ini sehinggakan parti seperti supp, spdp dan pbb di sarawak mempunyai kerusi lebih daripada mic.

mana lagi mereka nak pergi kalau selepas ini tiada lagi antara penganut mic berstatus menteri?

konklusi, tungga masa mati.

............................................................

jika benar gerakan anti-samy ini menjadi, saya pasti, rakyat malaysia pasti berasa senang hati, walaupun ada juga yang akan simpati terhadap orang tua ini.

penat umno menasihati.

penat rakyat sungai siput tidak mengundi.

semua mahu samy pergi.

tapi beliau degil, pentingkan diri.

mungkin terpaksa kita tunggu sampai akhir hayat mic nanti.

akhirnya dapatlah paari-paari berbahagia bersama 'daddy'.

............................................................

Tuesday, April 27, 2010

saya pun meluat you

(seakan-akan tajuk buku saya pun melayu oleh zaid ibrahim, disengaja)

tumpahnya marah pabila direndah-rendah, gundah.

takutkan maruah goyah, maka dihamburkan segala sumpah seranah.

berubah, menjadi semakin lemah, malah bertambah rendah, kenyang perut lapar si pemfitnah.

di akhir, sumpahannya jua tiada hikmah. berjaya si pemfitnah atas kemenangan mudah.

benar, perlu dijaganya maruah.

benar, perlu hadirnya rasa marah.

benar, drastiknya rupa bertukar merah andai ditulah pelbagai fitnah.

namun perlu diingat, cara tidak boleh salah. langkah juga, bukan langkah pemusnah.

jangan musnahkan lukisan sejarah, kerna sakit barah tidak dapat kita berpatah, laksana luka berdarah berterusan bernanah.

parah maruah, parah.

............................................................

(imbasan perlawanan)

barisan,

melompat seronok atas kemenangan, kemenangan yang kononnya disangkakan. tiada tekanan, kerna dahulunya kerusi yang ditinggalkan itu milik lawan.

mentang-mentanglah menentang si kaki botol yang kuat berjudi, lalu dijudikan pelakon hindi mirip-mirip artis kanchana devi pelakon cerita tv puteri. selamat, kerna kalau modus operandi tidak menjadi, ada alasan boleh ditabur nanti.

apabila tiba hari dinanti, nasib baiklah strategi menjadi walaupun majoriti kemenangan tidak terlalu tinggi. kini, rakyat hulu selangor menantikan seribu satu janji.

pakatan,

kisah kali ini bukan kisah si orientasi seks luar tabii bertopengkan bini mithali. tapi kisah kecamuk tahi di dalam parti. parti ini semakin hari semakin menjadi-jadi. berpusu-pusu mengisi borang tanda tidak setia pada parti, berduyun-duyun lari.

pak zaidi, lain kali kalau kuat berjudi pun janganlah memperjudi nasib diri. bukan semua boleh terima bakal pemimpin mereka minum air ala-ala wiski. lainlah sekadar jolly shandy. zaman dahulu, ya, boleh sahaja. kesedaran agama dahulu tidak sehebat hari ini.

sudahlah tidak menang kerusi, kemudian hilang pula maruah diri. tapi tidak mengapa, insyaallah lebih ramai akan 'open bottle' bersama anda selepas ini.

............................................................

kemenangan parti sinonim rasuah ini mudah, malangnya bukan kerana kekuatan parti si biru tua, yang hanyalah bertuah. tetapi kerna si biru muda yang semakin hari semakin lemah.

sudah berdarah-darah telinga mendengar caci dan sumpah seranah. bernanah-nanah sudah memuat turun tohmahan dan juga fitnah. 

mual sudah, muak sudah, muntah pun sudah.

tolong.

hentikanlah permainan maruah. hentikanlah permainan murah.

benar, pilihanraya dua tahu lalu kerjanya mudah. barisan cik lah dahulunya tersangatlah lemah. kini, keadaan dan situasinya telah pun berubah, berubah menjadi ultra susah.

kepada si biru tua, janganlah terlalu bermegah.

ingat, langit tidak selalunya cerah.

............................................................

Saturday, April 10, 2010

ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak

(post ini tidak berkaitan dengan lagu wali)

bayi ini.

mereka dikhianati, dibuang tepi dan ditinggal mati. ada rasa, punya nyawa namun tidak berdaya, kerana terlalu muda usia, belum sempat merasa dunia.

anak ini tidak mampu bersuara, apatah lagi untuk melawan, meraung mengharapkan pertolongan ibunya yang berperangai syaitan.

jangan samakan perempuan-perempuan ini dengan haiwan, kerana haiwan punya juga sifat kemanusiaan, menjaga anak kurniaan tuhan.

lelaki-lelaki yang lari ini juga jangan dilupa, perangainya macam babi. bila ditebuknya si anak tupai sampai mengandung, selepas itu beranak pula, engkau hilang tidak ke mana.

macam babi.

tapi rasa-rasanya babi lebih mulia. jadi janganlah pegang mereka-mereka ini, kerana lepas pegang, wajib bersuci macam terpegang babi, tetapi dengan air yang lebih kerana mereka lebih babi.

(maaf terlalu emosi)

........................................

kes pembuangan bayi, meningkat hari demi hari.

selangor mencatatkan kes pembuangan paling tinggi setakat ini.

bangga.

kerana percaya ramai orang-orang selangor orientasi seksnya bukan di luar tabii. tahap produktiviti pun sangat tinggi.

tapi, apabila orientasi yang ini terlalu menjadi-jadi,  habis semua bayi yang dilahirkan tidak mempunyai nombor siri (surat beranak) ini mati. dibuang tepi, ditinggal busuk berhari-hari.

baca sahaja surat khabar, tidak kira melayu cina india, pasti ada sahaja kisah buang bayi dilaporkan hari-hari dalam negara. begitu ramai bayi yang ditinggal mati.

bayangkan suatu hari nanti, kalau masalah berterusan begini, kita semua tidak berani untuk berjalan lagi, takut, asyik terjumpa mayat bayi di tepi-tepi.

kerajaan memperkenalkan talian panas (hotline) untuk masyarakat sekiranya ternampak aksi membuang ini. kerajaan juga cuba menyedarkan rakyat dengan mengadakan pelbagai kempen khas untuk masalah  ini.

malah, artis-artis juga membantu dengan menyanyi, khas untuk kempen ini, mewakili semua yang sayangkan bayi-bayi ini.

harap-harapnya sesiapa yang ingin membuang bayi selepas ini akan berfikir lebih daripada dua tiga kali.

........................................

bayi atau anak ini merupakan satu anugerah ilahi.

sungguhpun ibu-ibu dan bapa-bapa ini telah tersilap, memang benar manusia tidak boleh lari dari kesilapan, namun tidak bermakna bayi hasil perbuatan mereka ini harus ditinggal mati.

bertaubat dan kembali kepada maha pencipta adalah jawapannya. membunuh kerana takutkan pandangan masyarakat tidak membawa makna. sebabnya, kematian si kecil itu akan terus menghantui, diri ibu yang membunuh itu. malah dimudahkan lagi perjalanan mereka ke neraka.

nauzubillahiminzalik.

........................................

ps: sila hubungi 15999 (talian kami prihatin) sekiranya anda tersaksi kejadian seumpama ini.

........................................

Thursday, April 8, 2010

bersih

blog ini temanya bukan tentang diri.

aku padam untuk aku tulis semula.

sebab semuanya telah bercampur aduk belaka.